Friday, November 27, 2009

Sejarah MPBL

Maktab Perguruan Batu Lintang

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Institut Perguruan Batu Lintang terletak di Bandaraya Kuching, ibu negeri Sarawak. Lokasinya adalah di penghujung Jalan College, kira-kira 8 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Institut Perguruan Batu Lintang yang ada sekarang terletak di atas bekas tapak kem tahanan tawanan perang semasa pendudukan Jepun. Adalah dianggarkan kem ini pernah menampung 3000 tahanan semasa pendudukan Jepun (1942-1945).

Institut ini bermula pada penghujung tahun 1947 dengan pengambilan seramai 19 guru pelatih, termasuk yang datang dari Sabah dan Brunei Darulsalam. Pada permulaan, latihan diadakan di Madrasah Melayu, Jalan Jawa (sekarang Jalan P. Ramlee) Kuching. Institut ini dipindahkan ke tapak sekarang pada pertengahan tahun 1948 dan dibuka secara rasminya pada 1 Julai 1948 dengan nama Pusat Latihan Dan Sekolah Batu Lintang. Sepuluh tahun kemudian, pusat latihan ini bertukar nama kepada Maktab Latihan Batu Lintang. Pada tahun 1967, maktab ini bertukar namanya lagi kepada Maktab Perguruan Batu Lintang.

MPBL dinaik tarafnya kepada institut secara rasminya pada 1 April 2006 dan kini dikenali sebagai Institut Perguruan Batu Lintang.

INSTITUT PERGURUAN BATU LINTANG - Sarawak

Pejabat Am082-24 3501
Fax082-25 2382
Pengarah Lim Khoon Chin Pejabat082-25 4277

No comments:

Post a Comment